Tentang Kami

Selamat datang ke Zauzu Ventures!

Hai! Saya Zul, dan saya sangat gembira dengan kedatangan anda di sini. Biarkan saya memperkenalkan diri dan berkongsi sedikit cerita tentang saya sebagai penjual dan usahawan.

Saya sentiasa mempunyai minat mendalam dalam perkara-perkara yang inovatif. Sejak kecil lagi, saya telah merasakan kepuasan dalam membina produk, menganalisa produk dan berkongsi idea dan pandangan tentang perkara yang inovatif . Minat ini akhirnya membawa saya menjelajahi dunia perniagaan online dan juga menceburkan diri dalam bidang-bidang yang memerlukan analisa dan kritikal thinking seperti pengaturcaraan, trouble shooting dan sebagainya. Saya juga pentingkan permainan yang menjana minda seperti catur dan juga beyblade.

Di dunia online saya bermula dengan mengambil job commenting, masih ingat lagi USD 0.20 untuk setiap komen sewaktu mengambil kerja-kerja komen di forum-forum antarabangsa dulu. Kemudian terlibat dengan SEO dan make money online dengan platform advertisement. Terlibat dengan jual beli blog dan paid posting. Sekarang ini terlibat dengan penjualan barangan fizikal di shopee.

Anda boleh lawati shopee saya disini untuk membeli beyblade, barangan lain akan ditambah kemudian jika ada keperluan dan minat yang mendalam.

Semakin saya mendalami perniagaan onlin esaya mendapati bakat saya dalam perniagan online semakin baik. Saya semakin terpesona dengan teknologi e-commerce dan teknik-teknik online marketing dan impak luar biasa yang boleh diberikannya dalam kehidupan seseorang.

Membuka blog ini adalah langkah semulajadi bagi saya. Ia menjadi platform saya untuk berkongsi bukan sahaja produk yang saya jual, tetapi juga pengetahuan dan wawasan yang saya perolehi sepanjang perjalanan selaku usahawan online. Melalui blog ini, matlamat saya adalah untuk menyediakan produk-produk yang luar biasa kepada anda yang menjana minda anda dan kanak-kanak terutamanaya di samping berusaha memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Di Zauzu Ventures, tidak hanya tentang transaksi; ia juga berkaitan dengan perkongsian yang berguna untuk anda. Apabila saya tidak sedang mencari, menyusun, atau mencipta produk untuk Zauzu Ventures, anda mungkin akan menjumpai saya bermain beyblade atau bermain catur atau mempelajari sesuatu yang baru atau kadang-kadang mendiamkan diri doing nothing.

Terima kasih kerana melawat Zauzu Ventures. Saya bersemangat untuk memulakan perjalanan ini bersama anda dan menyediakan produk-produk yang memperkayakan kehidupan anda.